Alibaba Perkenal Qwen 2.5 – Model AI Sumber Terbuka, Dengan Penawaran Model Yang Dioptimasikan Untuk Tujuan Khusus

Alibaba hari ini memperkenalkan model kecerdasan buatan terbaru mereka, dinamakan Qwen 2.5. Model ini ditawarkan dalam bentuk terbuka, sekaligus membolehkan sesiapa yang berminat untuk mendapatkan dan mencubanya melalui GitHub ataupun HuggingFace.

Model baharu Alibaba Qwen ini turut ditawarkan dalam pelbagai variasi dan pengoptimasian khusus – termasuk untuk pengaturcaraan, matematik dan penaakulan khusus yang lain. Menariknya juga adalah Qwen turut menyokong bahasa Malaysia sebagai salah satu sokongan bahasa dibawahnya.

Dengan penawaran secara sumber terbuka juga, ia membolehkan pelbagai pihak dan syarikat lain menggunakan model mereka dalam pembangunan aplikasi kecerdasan buatan masing-masing, sekaligus mengalakkan pembangunan lebih pantas tanpa perlu melatih model yang sering mengambil masa lama.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba model ini, boleh ke laman HuggingFace, dan bermain-main dengan penawaran Qwen oleh Alibaba ini.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply