Pratempahan Xiaomi 14T dan 14T Pro Kini Dibuka Di Malaysia

Xiaomi 14T dan Xiaomi 14T Pro kini boleh dipratempah di Malaysia bermula hari ini sehingga 27 September depan. Peranti ini dijangka adalah sebuah peranti mercu mampu milik dengan ia dilengkapi sistem lensa Leica seperti yang dilakukan tahun lalu.

Walaupun pratempahan telah dibuka, Xiaomi Malaysia belum berkongsi sebarang spesifikasi rasmi untuk kedua-dua peranti ini. Tetapi ura-ura mengatakan 14T Pro ialah Redmi K70 Ultra yang dijenamakan semula. Oleh itu ia akan dilengkapi skrin 6.67″ OLED, dijana cip Dimensity 9300+, memori 12GB RAM, storan sehingga 1TB dan bateri sebesar 5500 mAh dengan pengecasan 120W.

Ini dipadankan pula kepada kamera 50+8+2 MP di belakang dan 20MP di hadapan. Antara yang telah tertiris ialah siri 14T akan menyokong ciri Circle to Search yang selama ini eksklusif pada peranti Samsung dan Google Pixel sahaja.

Di Malaysia peranti boleh ditempah pada harga RM100. Xiaomi akan memberikan fon telinga OpenWear Stereo, pengecas pantas, langganan Spotify selama 4 bulan, langganan Google One 100GB selama 6 bulan, jaminan 24 bulan, jaminan penukaran skrin dalam tempoh 6 bulan pertama, perkhidmatan VIP di lapangan terbang dan banyak lagi kepada pelanggan yang melakukan pratempahan.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply