Anduril Dan Microsoft Bekerjasama Meningkatkan Kemampuan Set Kepala IVAS

Projek set kepala realiti terimbuh Integrated Visual Augmentation System (IVAS) dibangunkan oleh Microsoft untuk kegunaan tentera Amerika Syarikat dengan dengan ia berasaskan teknologi HoloLens. Kini Anduril mengumumkan kerjasama dengan Microsoft untuk menyokong sistem operasi Lattice yang dibangunkan mereka pada IVAS.

Pengasas Anduril Palmer Luckey berkata, dengan integrasi Lattice askar yang memakai IVAS akan mempunyai deria seakan adiwira. Maklumat daripada pelbagai sensor di medan perang boleh dipaparkan secara masa nyata pada set kepada IVAS.

Sebagai contoh dron di udara mungkin mengesan kedudukan musuh yang terselindung dam lokasi ini akan dikongsi terus dengan anggota infantri di lapangan. Ia juga boleh memberikan amaran kewujudan dron musuh yang sedang memburu mereka.

Walaupun projek ini sudah berusia beberapa tahun dan lebih 5000 set kepala dihasilkan, ia menghadapi pelbagai masalah seperti gagal beroperasi dengan sempurna di lapangan serta mendatangkan ketidakselesaan. IVAS ialah satu-satunya projek set kepala yang masih dibangunkan Microsoft selepas masa depan HoloLens kelam tanpa hala tuju sejak 2022.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply