Kerajaan cadang bina MRSM ke-58, khusus untuk anak warga ATM – Ahmad Zahid

Ahmad Zahid. Foto Bernama

KLUANG – Kerajaan bercadang membina sebuah lagi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) khusus untuk anak pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membuka lebih peluang untuk mereka mendapatkan pendidikan di sekolah itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tambahan sebuah lagi MRSM itu bakal menjadikan keseluruhan 58 buah MRSM di seluruh negara, selain yang kedua buat anak warga ATM selepas Kem Terendak, Melaka.

“Kita akan berbincang dengan pihak Kementerian Pertahanan (Mindef) dan menterinya (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) di mana lokasi sesuai.

“Adakah akan menggunakan MRSM yang sudah dibina tetapi belum beroperasi atau pembinaan baharu yang agak panjang (yang boleh) mengambil masa sehingga 48 bulan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Kem Mahkota, di sini hari ini, dengan diiringi Mohamed Khaled. – Bernama


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply