Aplikasi TV YouTube Akan Menyokong Paparan Kandungan Mengikut Musim Seakan Netflix

Netflix ialah platform penstriman video berbayar dengan jumlah pelanggan tertinggi di dunia. Tetapi juara platform penstriman video sebenar ialah YouTube. Tetapi sesiapa yang pernah menggunakan YouTube tahun cara kandungan disusun dan dipaparkan dalam aplikasi adalah berserabut. Jauh panggang dari api jika dibandingkan dengan Netflix hari ini.

Di acara Made on YouTube hari ini, beberapa pengumuman menarik telah dilakukan antaranya ialah pada aplikasi TV kelak paparan kandungan dalam saluran akan lebih mirip yang digunakan di Netflix. Apabila pergi ke saluran tertentu, akan wujud pilihan untuk menonton kandungan mengikut nama rancangan dan juga senarai episod mengikut musim.

Apabila saluran diakses, ia tidak lagi memaparkan imej kecil berkotak yang bersusun sebaliknya mempunyai imej besar yang lebih imersif membuatkan kandungan kelihatan lebih profesional. Kesemua ciri ini akan diperkenalkan secara berperingkat bermula awal 2025.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply