9 Bahasa Akan Ditambah Untuk Apple Intelligence Pada Tahun 2025 – Masih Tiada Bahasa Melayu

Apple Intelligence adalah ciri Ai generatif Apple tersendiri yang hanya disokong pada peranti dengan cip Apple M, cip Apple A17 Pro dan kesemua iPhone 16. Sayang sekali, semua ciri ini masih tidak tersedia sehingga bulan Oktober akan datang kerana ia hanya akan tiba dalam iOS 18.1 yang kini masih dalam bentuk beta. Apple Intelligence turut mempunyai bahasa yang terhad iaitu Inggeris dan ini akan berubah bermula Disember dan 9 bahasa tambahan akan tiba pada tahun 2025.

Bulan Oktober nanti, Apple Intelligence hanya menyokong satu bahasa iaitu Inggeris Amerika Syarikat dan menjelang Disember nanti dialek Inggeris Australia, Kanada, New Zealand dan Amerika Selatan pula akan diberikan. Sementara pada tahun 2025 nanti 9 bahasa lain yang akan disokong adalah Cina, Perancis, Jepun, Sepanyol, Jerman, Itali, Korea, Portugis, dan Vietnam. Dialek bahasa Inggeris untuk Singapura dan India turut disokong.

Agak mengecewakan yang masih tiada pengumuman mengenai sokongan Bahasa Melayu, walaupun Apple Store TRX telah dibuka. Buat masa ini, teknologi AI generatif dengan Bahasa Melayu oleh pengeluar peranti hanya disokong oleh Honor dan akan datang oleh Samsung.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply