LinkedIn Melatih Model AI Menggunakan Data Pengguna

LinkedIn hari ini mengesahkan mereka akan mula melatih model kecerdasan buatan (AI) mereka sendiri menggunakan data pengguna laman. Sungguhpun begitu pengguna yang tidak mahu data mereka digunakan boleh memilih untuk menghalang ianya daripada berlaku menerusi tetapan iklan.

LinkedIn

Data pengguna di Kesatuan Eropah (EU) dan Switzerland terkecuali kerana terdapat rang undang-undang yang tidak membenarkan data digunakan sesuka hati tanpa kebenaran. Penggunaan data pengguna untuk melatih AI ini akan berkuatkuasa bermula 20 November depan menerusi persetujuan terma dan syarat laman yang baharu.

Sebelum ini pengendali laman menjual data peribadi pengguna kepada pihak pengiklanan sebagai bayaran perkhidmatan percuma. Dengan amalan ini telah dihentikan, penggunaan data untuk melatih AI pula kini dilakukan oleh pemilik laman. Seperti yang telah kami laporkan beberapa minggu lalu, Meta mengesahkan mereka menggunakan data pengguna Facebook dan Instagram untuk melatih model AI dengan proses untuk tidak membenarkannya dilakukan adalah cukup leceh.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply