Infrastruktur IT Indonesia Digodam Sekali Lagi – Kini Enam Juta ID Cukai Rakyat Terkesan

Ia hanya beberapa bulan lalu apabila infrastruktur IT Indonesia digodam oleh serangan perisian tebusan yang menyebabkan sejumlah besar perkhidmatan kerajaan tidak boleh beroperasi. Terkini, negara tersebut digempar dengan satu lagi isu godaman serius yang nampaknya memberi kesan kepada perkhidmatan percukaian negara tersebut.

Bloomberg telah melaporkan bahawa Indonesia kini telah digodam sekali lagi, dan kini, butiran peribadi seperti ID cukai enam juta rakyat negara tersebut telah dicuri, termasuklah untuk Presiden negara tersebut, Joko Widodo, bakal timbalan presiden Gibran Rakabuming Raka, Menteri Kewangan Sri Mulyani Indrawati dan lain-lain.

Indonesia

Butiran-butiran ini dilaporkan dapat dilihat di BreachForums, dimana banyak data yang digodam berlegar yang boleh dibeli pada harga yang ditetapkan oleh sesiapa sahaja. Butiran yang digodam termasuklah nombor ID kad pengenalan, alamat emel, alamat rumah, nombor telefon dan pelbagai butiran peribadi yang lain. Data ini nampaknya sedang dijual pada harga 150 juta Rupiah.

Godaman ini ditemui oleh Teguh Aprianto, pengasas Ethical Hackers Indonesia yang telah melaporkannya kepada pihak berkuasa tempatan. Nampaknya kerajaan tersebut juga sedang mengesahkan samada godaman ini benar-benar mengandungi butiran yang dikatakan atau tidak.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply