‘Tuah’ Lembayung, Anna Jobling Kini Laris & Bakal Bintangi 3 Filem Lagi Di Indonesia!

Aktres jelita, Anna Jobling, terus mengukir nama di persada seni apabila berjaya menembusi industri perfileman Indonesia.

Menerusi perjalanan karier seninya yang semakin berkembang, pelakon berusia 24 tahun itu menganggap pengalamannya berulang-alik antara Malaysia dan Indonesia sebagai langkah positif untuk mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.

Filem pertama lakonannya di negara seberang iaitu Lembayung, telah mendapat sambutan hangat, membuka lembaran baru dalam kembara seninya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikritik Tak Layak Jadi Juri, Anna Jobling Enggan Ambil Pusing

Menerusi laporan media tempatan, Anna meluahkan rasa syukur atas sokongan peminat dan peluang yang diterimanya.

“Setelah Lembayung, saya tidak sangka akan menerima tawaran membintangi tiga lagi filem daripada produksi berbeza di Indonesia,” katanya.

Dalam tayangan perdana Lembayung yang diadakan di Jakarta minggu lalu, Anna menzahirkan rasa terharu apabila disambut baik oleh para peminatnya di sana.

“Sambutan baik daripada peminat membuat saya rasa terharu dan teruja. Terima kasih kepada semua yang terus menyokong kerjaya seni saya,” ujarnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling Teruja Bintangi Filem Seram Indonesia ‘Lembayung’- “Saya Tidak Kisah Nampak Cantik Atau Tidak…”

Seterusnya, Anna mengungkapkan rasa syukur atas kepercayaan yang diberikan oleh industri perfileman Indonesia.

Selain, dia turut merakamkan penghargaan kepada aktor dan pengarah Baim Wong yang banyak membantunya dalam perjalanan ini.

“Saya anggap ini peluang besar untuk kembangkan bakat dan karier di negara itu. Baim bukan sahaja seorang pengarah berbakat tetapi juga mentor yang banyak membantu saya.

“Saya berterima kasih kepadanya kerana membuka peluang untuk terlibat dalam projek besar ini, yang telah membuka pintu rezeki saya di Indonesia.

“Saya akan terus bekerja keras untuk mencapai kejayaan lebih besar, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Indonesia,” tuturnya lagi.

Lembayung merupakan filem seram arahan Baim Wong yang dibintangi Anna, Taskya Namya, Yasamin Jasem, Arya Saloka, Daffa Wardhana, Mario Maulana dan Oka Antara.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Kosmo!


by

Comments

Leave a Reply