Pernah Tular Enam Ahli Keluarga Terkorban Kemalangan Jalan Raya, Abdur Rahman Kini Sambung Pengajian

Pernah tular enam ahli keluarga terkorban kemalangan jalan raya, Abdur Rahman kini sambung pengajian. Abdur Rahman Amir Ruddin, 20 dan adik lelakinya Abdullah Amir Ruddin,16, kisah dua beradik ini pernah tular apabila dilaporkan kehilangan enam ahli keluarga dalam satu  kemalangan yang berlaku Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan.

Pernah Tular Enam Ahli Keluarga Terkorban Kemalangan Jalan Raya, Abdur Rahman Kini Sambung Pengajian

Sudah setahun berlalu kisah duka itu namun namun masyarakat masih mengikuti perjalanan hidup remaja lelaki, Abdur Rahman.

Terbaharu, Abdur Rahman dilaporkan melanjutkan pengajian di Universiti Islam Selangor.

Menerusi perkongsian ibu saudaranya di akaun TikTok tinienie4, Abdur Rahman melaporkan diri ke sebuah institusi pengajian terletak di Bandar Seri Putra, Kajang.

@tinienie4 Bismillahirahmanirahim.. Semoga apa yg dicitakn tercapai nnt. Semua pn mendoakn yg terbaik buat kamu. Jaga diri baik2 @amannnnnnnnnnnn__ #ankibuabi #sayangsemua #sayangank2mamasemua #foryoupage ♬ original sound – wanie

“BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.. SEMOGA APA YANG DICITAKN TERCAPAI NANTI. SEMUA PUN MENDOAKAN YANG TERBAIK BUAT KAMU. JAGA DIRI BAIK-BAIK, AMAN (ABDUR RAHMAN),”TULISNYA.

Difahamkan, Abdur Rahman mengambil jurusan pengajian bahasa Al-Quran.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa syukur serta memberikan ucapan tahniah kepada Abdur Rahman yang mesra disapa Aman.

Berikut antara komen-komen warga maya:

Untuk info, 1 September tahun lalu, Abdul Rahman kehilangan ibu bapa, Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhammad, 43, selain empat adik-beradik iaitu Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rahman Lah (@rahmanlah___)

 

 

Seorang lagi adiknya, Abdullah Amir Ruddin (kini 16 tahun) terselamat selepas dilaporkan mengalami cedera parah pada tahun lalu.

Sumber: TikTok tinienie4 Instagram rahmanlah__

Baca artikel lain juga: “Kematian Yang Dicemburui.” Terkorban Dalam Kemalangan Jalan Raya Ketika Mahu Ke Masjid, Disolatkan Ribuan Jemaah, Kisah Wanita Ini Sungguh Menyentuh Hati!

Gadis Dihempap Kayu Balak, Kembali Jalani Hidup Seperti Biasa, Saya Rasa Bagaikan Mati, Hidup Semula

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Comments

Leave a Reply