Realme 13 Pro 5G Dan Realme 13 Pro+ 5G Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM1999

Realme 13 Pro 5G dan Realme 13 Pro+ 5G kini dilancarkan secara rasmi di Malaysia tujuh bulan selepas siri Realme 12 Pro dilancarkan. Kedua-dua peranti adalah dalam kelas pertengahan dengan tumpuan diberikan kepada kemampuan fotografi.

Realme 13 Pro+ 5G dilengkapi skrin OLED 6.7″ FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan cip Snapdragon 7s Gen 2, memori 12GB RAM, storan 512GB dan bateri 5200mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W.

Trikamera utama di belakang digunakan pula terdiri dengan sudut lebar 50MP Sony LYT-701 dengan OIS, ultra lebar 8MP dan telefoto periskop 50MP Sony LYT-600. Kamera swafotonya pula sebesar 32MP yang diletakkan dalam lubang kecil pada skrin hadapan. Ciri-ciri lain yang ada pada peranti ialah pembesar suara stereo dengan Hi-Res Audio, kalis air IP65 dan pengimbas cap jari terbina di skrin.

Seterusnya Realme 13 Pro 5G turut menggunakan skrin OLED 6.7″ FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan cip Snapdragon 7s Gen 2, memori 12GB RAM, storan dalaman 512GB dan bateri 5200mAh dengan pengecasan sekadar 45W.

Kemudian sistem kameranya pula terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP Sony LYT-600 dengan OIS, lensa ultra lebar 8MP dan swafoto sebesar 32MP. Tiada sokongan lensa kamera periskop diberikan di sini seperti yang terdapat pada versi Pro+. Ciri-ciri lain yang ada pada peranti ialah pembesar suara stereo dengan Hi-Res Audio, kalis air IP65 dan pengimbas cap jari terbina di skrin.

Kedua-duanya juga digandingkan dengan teknologi pengimejan baharu Realme yang dipanggil HYPERIMAGE+. Selain turut mengintegrasikan ciri berasaskan AI yang diyakini mampu meningkatkan pengalaman fotografi ke tahap lebih baik.

Ciri yang disediakan merangkumi AI HyperRAW Algorithm, AI Pure Bokeh, AI Natural Skin Tone, AI Ultra Clarity, AI Smart Removal, AI Audio Zoom dan AI Group Enhance. Kedua-duanya juga menggunakan sistem operasi Android 14 dengan pelancar RealmeUI 5.0.

Di Malaysia Realme 13 Pro+ 5G dijual pada harga RM2299 (12/512GB) sementara itu Realme 13 Pro 5G pula dijual pada harga RM1999 (12/512GB) sebuah. Peranti akan mula dijual esok dengan Realme menawarkan hadiah percuma Realme Buds T01, jaminan peranti 1+1 tahun dan jaminan gantian kaca retak 730 hari yang bernilai RM1137.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply