“Cuma Kawan Rapat Yang Keluar Makan Bersama” Agensi Jennie BLACKPINK Bantah Gosip Bercinta Dengan BamBam GOT7

Terbaru, pada 19 September, agensi penyanyi terkenal, Jennie BLACKPINK, OA Entertainment mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pertemuan Jennie dan BamBam GOT7 di sebuah restoran Jepun terkenal di Los Angeles, Amerika Syarikat yang tular di media sosial.

OA Entertainment menjelaskan bahawa Jennie dan BamBam merupakan kawan rapat yang hanya berjumpa untuk meluangkan masa bersama.

Kredit: skintypink

“Khabar angin mengenai percintaan Jennie dan BamBam adalah tidak benar”

“Mereka berdua yang merupakan rakan terdekat itu baru sahaja berjumpa dan makan di Amerika Syarikat,” jelas kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, menurut laporan lain, kedua penyanyi terkenal itu juga dilihat ditemani oleh pengurus masing-masing.

Selain itu, selepas selesai makan, keduanya hanya didapati berbual, berseronok, sambil berjalan mengisi masa lapang.

Sebelumnya, gambar Jennie dan BamBam tersebar sehingga menyebabkan mereka dikhabarkan menjalin hubungan cinta.

Sekadar info, Jennie akan membuat kemunculan menerusi program siri realiti JTBC ‘My Name is Gabriel’ pada 27 September ini. Sementara BamBam baru sahaja selesai menjalankan promosi bagi mini album ketiganya berjudul ‘BAMESIS’.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply