Pernah Tular Hilang Enam Ahli Keluarga Dalam Kemalangan Jalan Raya, Abdur Rahman Kini Sambung Pengajian

Pernah tular hilang enam ahli keluarga dalam kemalangan jalan raya, Abdur Rahman kini sambung pengajian. Abdur Rahman Amir Ruddin, 20 dan adik lelakinya Abdullah Amir Ruddin,16, kisah dua beradik ini pernah tular apabila dilaporkan kehilangan enam ahli keluarga dalam satu  kemalangan yang berlaku Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan.

Pernah Tular Hilang Enam Ahli Keluarga Dalam Kemalangan Jalan Raya, Abdur Rahman Kini Sambung Pengajian

Sudah setahun berlalu kisah duka itu namun namun masyarakat masih mengikuti perjalanan hidup remaja lelaki, Abdur Rahman.

Terbaharu, Abdur Rahman dilaporkan melanjutkan pengajian di Universiti Islam Selangor.

Menerusi perkongsian ibu saudaranya di akaun TikTok tinienie4, Abdur Rahman melaporkan diri ke sebuah institusi pengajian terletak di Bandar Seri Putra, Kajang.

@tinienie4 Bismillahirahmanirahim.. Semoga apa yg dicitakn tercapai nnt. Semua pn mendoakn yg terbaik buat kamu. Jaga diri baik2 @amannnnnnnnnnnn__ #ankibuabi #sayangsemua #sayangank2mamasemua #foryoupage ♬ original sound – wanie

“Bismillahirahmanirahim.. Semoga apa yang dicitakn tercapai nanti. Semua pun mendoakan yang terbaik buat kamu. Jaga diri baik-baik, Aman (Abdur Rahman),”tulisnya.

Difahamkan, Abdur Rahman mengambil jurusan pengajian bahasa Al-Quran.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa syukur serta memberikan ucapan tahniah kepada Abdur Rahman yang mesra disapa Aman.

Berikut antara komen-komen warga maya:

Untuk info, 1 September tahun lalu, Abdul Rahman kehilangan ibu bapa, Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhammad, 43, selain empat adik-beradik iaitu Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rahman Lah (@rahmanlah___)

 

 

Seorang lagi adiknya, Abdullah Amir Ruddin (kini 16 tahun) terselamat selepas dilaporkan mengalami cedera parah pada tahun lalu.

Sumber: TikTok tinienie4 Instagram rahmanlah__

Baca artikel lain juga: Wanita Sarat Hamil Terlibat Kemalangan, Kereta Bertembung Dengan Kenderaan Lain;

Baru Habis Pantang, Ibu & Bayi Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya

Memang Cemas, Hanya Fikir Anak-Anak Ibu Anak 5 Kemalangan, Mujur Bayi Usia 2 Bulan Tak Tercampak Keluar

 

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 

 

 

 

Comments

Leave a Reply