iQOO Z9 5G Kini Hadir Dalam Warna Titanium Dengan Harga Bermula RM1,399

Anda ingat lagi akan iQOO Z9 5G yang dilancarkan pada bulan Mei lepas? Ia adalah peranti kelas pertengahan dengan kuasa tinggi pada harga rendah. Peranti ini dilengkapi dengan skrin AMOLED 6.78-inci FHD+ dengan kadar segar semula 144Hz dan dijana cip Snapdragon 7 Gen 3. Ia dipadankan pula dengan memori sehingga 12GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman 256GB UFS 2.2. Hari ini, warna baharu diumumkan.

iQOO Z9 5G yang diumumkan hari ini adalah edisi berwarna Titanium. Terdapat dua variasi iaitu 8/256 GB dan 12/256 GB. Harga jualan adalah RM1399 eksklusif untuk belian di kedai atas talian vivo dan RM1499 untuk di tempat lain. Bateri berkapasiti 6,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 80W.

Konfigurasi kamera adalah gabungan sensor utama sudut lebar 50MP Sony IMX882 dengan sensor bokeh 2MP dan juga sensor kamera swafoto 16MP. iQOO Z9 menjalankan Funtouch OS 14 berasaskan Android 14, selain turut mempunyai pengimbas cap jari di bawah skrin, speaker stereo, pemancar infra merah dan NFC.

Jika anda berminat mendapatkan iQOO Z9 dengan warna seakan telefon pintar mercu premium iaitu Titanium, ini peluang anda mendapatkannya pada harga bermula RM1,399. Setiap pembelian turut menyertakan waranti tambahan 1 tahun, jaminan skrin retak 1 tahun dan juga vivo TWS 3e yang bernilai RM178 secara percuma. Kemudian jika anda risau peranti ini tidak memadai, kami telah pun menguji peranti ini beberapa bulan lalu dan saya ulang sekali lagi, iQOO Z9 adalah peranti berkuasa tinggi dengan harga rendah.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply