Samsung Galaxy A16 Tertiris Dengan Sokongan Kemas Kini Selama 6 Tahun

Peranti mercu Samsung di bawah siri Galaxy S dan Galaxy Z yang terbaru seperti S24 dan Z Fold6 menyokong kemas kini sehingga 7 tahun untuk kedua-dua versi Android dan juga tampalan sekuriti. Hanya Samsung dan Google sahaja mampu menawarkan kemas kini selama ini untuk pengguna mereka. Terbaru, peranti kelas pertengahan asas Samsung baharu yang tertiris mendedahkan sokongan kemas kini sehingga 6 tahun.

Peranti ini adalah Galaxy A16 dan ia akan menyokong kemas kini versi Android dan tampalan sekuriti selama 6 tahun. Tiada lagi peranti Android lain dalam kelas sama menyokong kemas kini sebegini. Peranti ini akan menggunakan skrin SA Infinity-U bersaiz 6.7-inci 90Hz, dijana cip Exynos 1330 atau Dimensity 6100+ mengikut negara berbeza. Ia turut dipadankan dengan memori mencapai 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Peranti turut akan mempunyai perlindungan air dan debu IP54. Butiran lain seperti kamera dan tarikh pelancaran masih menjadi tanda tanya. Ini adalah satu berita baik untuk pengguna peranti kelas pertengahan asas kerana akhirnya ada pengeluar menyokong kemas kini yang lama. Peranti yang tertiris ini adalah Galaxy A16 5G, tahun lepas A15 5G dijual pada harga RM1199.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply