Cipta Sejarah! Graduan Cemerlang Ini Raih Lebih 5 Anugerah Berprestij Sepanjang Pengajian. Tahniah!

Graduan cemerlang dari Kolej Pengkomputeran, Informatik dan Matematik Universiti Teknologi MARA (UiTM), Saudara Muhammad Amirul Asyraf Roslan, telah mencipta sejarah dalam Istiadat Konvokesyen ke-99 dengan meraih pelbagai anugerah berprestij termasuk Anugerah Graduan Terbaik Pusat Pengajian dan Anugerah Lonjakan Saujana.

Menurut Amirul, dia memulakan perjalanan pengajian di universiti pilihan ramai itu dengan matlamat yang jelas.

“Ketika semester pertama, saya sudah menetapkan sasaran untuk menerima anugerah pada majlis konvokesyen. Alhamdulillah, saya berjaya capai hari ini,” ujarnya dengan penuh rasa syukur.

ARTIKEL BERKAITAN: Shalma Eliana Berjaya Milik Ijazah Sarjana Muda Di Middlesex University London, Dua Tahun Tinggalkan Industri Muzik Buahkan Hasil

Perjalanannya bagaimanapun tidak selalu mudah, Amirul mengakui bahawa dia tidak meraih Anugerah Dekan pada semester pertama, namun itu tidak mematahkan semangatnya.

“Saya belajar untuk tidak cepat berputus asa. Pada semester kedua, saya tebus segala kesilapan dan meraih kejayaan,” kongsinya lagi.

Tuturnya lagi, satu langkah berani yang diambil oleh graduan ini adalah menyertai pelbagai program yang ditawarkan oleh universiti semasa pandemik.

Selain itu, Amirul juga amat menekankan betapa pentingnya pengalaman tersebut untuk masa depan.

“Saya juga banyak mengambil peluang masuk pelbagai program yang ditawarkan universiti ketika pandemik lalu. Dari situlah saya mula bergiat aktif dan barulah UiTM lihat kemampuan saya ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Wani Kayrie Berjaya Genggam Ijazah Sarjana Muda, Peroleh CGPA Cemerlang. Tahniah!

“Daripada itu, datanglah seorang pensyarah untuk melantik saya sebagai Presiden sebuah kelab pelajar.

“Untuk bergiat di peringkat UiTM adalah sangat terbaik kerana kita dapat belajar untuk networking, softskill yang mana kita boleh gunakan dalam alam pekerjaan nanti,” tambahnya panjang.

Selain dua anugerah besar tersebut, Amirul juga telah meraih Anugerah Graduan Terbaik Pusat Pengajian, Anugerah Graduan Terbaik Program, Anugerah Tokoh Siswa FSKM (Kategori Antarabangsa) Anugerah Kepujian Dekan dan The Thomas Clarkson Bronze Medal, Ireland, sepanjang dirinya bergelar mahasiswa.

KUALA LUMPUR 14 APRIL 2018. (Supplement BH) UiTM tawar program sarjana dan PhD. NSTP/EMAIL.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: FB Rasmi UiTM

Comments

Leave a Reply