Sony WH-1000XM5 Dan WF-1000XM5 Diberi Pilihan Warna Baharu – Smoky Pink

Dua aksesori audio kegemaran ramai iaitu Sony WH-1000XM5 dan WF-1000XM5 kini diberi pilihan warna baharu iaitu Smoky Pink. Seperti namanya, rona merah jambu lembut digunakan sebagai kemasan pada kedua-dua aksesori audio berkenaan. Warna sebegini secara tidak langsung membangkitkan aura yang menenangkan dan sudah pasti akan menarik perhatian khususnya kaum hawa.

Tambahan pula warna merah jambu (pink) sememangnya cukup sinonim dengan personalisiti kebanyakan wanita. Seperkara yang menariknya lagi di sini, Sony bekerjasama dengan kumpulan Kpop wanita yang baru sahaja kembali dengan single terkini berjudul ”Crazy” iaitu Le Sserafim untuk penawaran aksesori baharu ini.

Harga jualan ialah RM1799 untuk WH-1000XM5, manakala fon telinga WF-1000XM5 pula tersedia pada RM1399. Pratempahan dibuka sekarang hingga 30 September 2024, dan butiran lanjut sila layari laman web rasmi Sony Malaysia. Tiada perubahan pada spesifikasi yang bermakna kedua-duanya masih mempunyai penawaran seperti sebelum ini.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply