Anak Coach Badminton, Pearly Tan Pernah Berlatih Dengan Zii Jia Masa Kecil & Kerjaya Kian Bersinar Usia 24!

Kejayaan pemain beregu wanita negara, Pearly Tan semakin mendapat perhatian peminat sukan dalam dan luar negara. Kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan setiap kali berada di gelanggang mencetuskan gentar kepada pihak lawan. Ditambah pula dengan aksi tangkas dan lincah gandingan Pearly iaitu Thinaah Muralitharan.

Terbaharu, beregu wanita berkenaan mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya merangkul kejuaraan Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong 2024 mengalahkan beregu dari China iaitu Liu Shengshu dan Tan Ning.

Menelusuri latar belakang atlet berusia 24 tahun ini, Pearly atau nama sebenarnya Pearly Tan Koong Le dilahirkan pada 14 Mac 2000 di Alor Setar, Kedah. Dia merupakan anak kepada pasangan Tan Chai Ling dan Tan Seng Hoe.

Bapanya ialah jurulatih badminton dan dilapor mengurus Alor Setar Racquet Club (ASRC) yang pernah membimbing perseorangan negara, Lee Zii Jia sewaktu kecil.

Pearly mula aktif menceburi sukan badminton sejak tahun 2015 dan sepanjang sembilan tahun bergelar atlet selain menyertai pelbagai kejohanan, dia dan Thinaah kini menduduki ranking kelapan dunia.

Terdahulu, Pearly pernah berpasangan dengan Toh Ee Wei. Dia kemudian bergandingan Thinaah buat pertama kali pada tahun 2019 dan menyertai Kejohanan Badminton Terbuka Swiss 2021.

Gandingan hebat ini dikhabarkan mula mengenali ketika Pearly berusia 13 tahun dan mereka bersama-sama mendapat pendidikan di Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Menariknya, Pearly Tan melakar rekod dunia apabila menjadi pemain badminton wanita yang mencatat pukulan terpantas 438 kilometer per jam.

Sekaligus menjadikan dia jaguh badminton wanita pertama memegang rekod berkenaan sehingga kini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 𝗬𝗘𝗡 (@zongyenyen)

Bukan itu saja, Pearly dan Thinaah juga merupakan beregu wanita pertama negara yang layak ke separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024.

Artikel https://www.nona.my/boleh-tutur-4-bahasa-dikurnia-bintang-kebesaran-selangor-m-thinaah-atlet-badminton-kebanggaan/

Selain kejayaan dalam karier sukan, Pearly Tan juga dilantik sebagai duta produk kesihatan VitaHealth.

 


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply