Bose QuietComfort Earbuds Baharu Dilancarkan Dengan ANC Dan Hayat Bateri 8 Jam

Bose baru sahaja melancarkan fon telinga QuietComfort Earbuds baharu yang dikatakan mampu memberi persaingan kepada Apple AirPods 4. Melaluinya, Bose menggunakan rekaan yang bersaiz kecil dengan pilihan warna yang menonjol. Pengguna boleh memilih diantara warna Black, White Smoke dan Chilled Lilac.

Selain itu mempunyai putik silikon terpasang kemas yang boleh dimasukkan ke dalam telinga, bermakna kekedapan audio yang baik sudah tentunya boleh dinikmati. Dalam masa sama sepatutnya membantu dalam mengurangkan gangguan bunyi yang tidak diingini. Pengalaman bertambah baik dengan setiap pemandu audio yang mempunyai tiga mikrofon lengkap dengan sokongan pembatalan hingar aktif terbina. Diikuti dengan Aware Mode terbina yang berfungsi seakan Transparency Mode yang membolehkan pengguna masih mendengar ‘dunia’ di sekeliling mereka.

Tambatan pantas boleh dibuat melalui Bluetooth 5.3 yang juga menyokong sambungan pintar dwi-peranti secara serentak. Penggunaan bersama aplikasi Earbud QC Bose juga amat disarankan untuk pengalaman lebih baik dan kawalan yang turut boleh disesuaikan. Ia juga kalis air IPX54 dan boleh berfungsi lebih lapan jam dengan setiap pengecasan (turut menyokong sistem pengecasan nirwayar).


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply