Cip Apple A16 Bionic Kini Dikilangkan Di Amerika Syarikat Melalui TSMC

Sebelum ini kami pernah melaporkan bahawa TSMC sudahpun membuka kilang di Arizona, Amerika Syarikat sebagai satu langkah untuk syarikat tersebut menambahkan kapasiti pengeluaran cip pemprosesan semikonduktor khususnya untuk pelanggan dari negara tersebut.

Kini, kilang tersebut, yang dinamakan Fab21 dilaporkan sudahpun mula mengeluarkan cip semikonduktor Apple A16 Bionic yang dilancarkan pada tahun 2022 untuk Apple iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max, dan kini digunakan untuk menguasakan peranti Apple iPhone 15 dan iPhone 15 Plus.

Apa yang menarik disini ialah cip pemprosesan tersebut kini dibangunkan menggunakan proses N4P (4nm) yang baru, dan dilaporkan bahawa kadar pengeluaran cip di kilang Fab21 adalah sama seperti di kilang TSMC di Taiwan.

Ini dilihat merupakan satu berita baik untuk TSMC dan juga syarikat-syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat kerana ia merupakan satu langkah untuk mengurangkan isu bekalan cip pemprosesan untuk produk-produk mereka.

Kilang Fab21 tersebut masih lagi hanya akan beroperasi pada kadar penuh pada tahun 2025, tetapi pengeluaran awal cip pemprosesan A16 Bionic ini sedikit sebanyak memberikan keyakinan bahawa TSMC berada pada landasan yang tepat untuk memenuhi permintaan pasaran Amerika Syarikat.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply