Threads Kini Menyokong Sehingga 20 Gambar Dalam Satu Perkongsian

Bulan lepas, Instagram mula menyokong sehingga 20 gambar dalam satu perkongsian. Selama 7 tahun kini terhad dengan 10 gambar, kini lebih banyak detik indah boleh dikenangkan dengan dikongsi dan disimpan melalui Instagram. Terbaru Threads pula telah menyokong perkongsian sehingga 20 gambar.

Threads kini mempunyai lebih 200 juta pengguna aktif. Semakin hari semakin ramai menggunakan Threads memberi pengalaman seakan zaman keagungan Twitter. Paparan karusel gambar di Threads juga menarik dengan kini menyokong sehingga 20, pengguna boleh berkongsi pelbagai kenangan menarik dari pelbagai peristiwa terus dalam satu perkongsian tanpa perlu mencipta bebenang yang panjang berjela.

Ciri ini akan diedarkan secara berperingkat kepada semua pengguna. Dalam cubaan saya sebentar tadi, ia masih tidak tersedia. Peranti anda bagaimana?


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply