Nintendo dan Pokemon Menyaman Pembangun Palworld

Nintendo dan The Pokemon Company telah memfailkan saman ke atas Pocketpair, syarikat yang membangunkan permainan video Palworld kerana didakwa melanggan harta intelek milik mereka. Saman difailkan di Tokyo semalam dengan kedua-dua syarikat memfailkan juga injunksi terhadap pelanggaran dan meminta pampasan serta bayaran ganti rugi atas pelanggaran paten milik mereka.

Sejak Palworld dilancarkan awal tahun ini, ia menjadi antara permainan yang mempunyai jumlah pemain tertinggi di Steam. Ketika puncak populariti, Palworld mempunyai lebih 2.1 juta pemain serentak yang meletakkan di belakang PUBG Battlegrounds dan Black Myth : Wukong sebagai permainan dengan jumlah pemain tertinggi dalam sejarah Steam.

Selapas dilancarkan sudah kedengaran ura-ura Pocketpair akan disaman kerana rekaan watak haiwan fiksyen Palworld serta mekanisme permainan adalah amat dengan watak Pokemon.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply