PayPal Perkenalkan Logo Baharu Dengan Rekaan Lebih Mendatar Seperti Yang Lain

PayPal kini dilihat memperkenalkan rekaan logo baharu untuk perkhidmatan mereka, sekaligus membawakan rekaan yang lebih mendatar lebih kurang seperti perkhidmatan lain di arena internet. Rekaan baharu ini memfokuskan kepada tipografi bertulis “PayPal” – dilihat sesuai dengan era peranti pelbagai saiz dan lebih sesuai dikalangan pengguna untuk memberikan lebih keyakinan.

Pasukan perekabentuknya, Pentagram menyatakan identiti visual baharu ini lebih ringkas, selain turut meningkatkan keyakinan dan lebih terbuka berbanding sebelum ini.

Perubahan logo Paypal (Pentagram)

PayPal sendiri telah mula menggunakan logo baharu ini dalam beberapa perkara, dan dijangka akan lebih meluas dalam bulan-bulan akan datang. Bagi anda sendiri, apakah pendapat anda terhadap rekaan baharu logo PayPal ini?


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply