‘Remote Control’ TV Hilang, Rupanya Anak Bawa Pergi Sekolah!

Gelagat anak-anak kecil kita sememangnya sentiasa menghiburkan. Ada-ada sahaja aksi dan telatah lucu tanpa dijangka yang menghiburkan kita setiap hari.

Perkongsian seorang ibu menerusi satu akaun Tik Tok, @fikahzafikah membuatkan ramai yang terhibur.

Mana tidaknya, gelagat seorang ibu yang terpaksa mengirimkan kiriman Whatapps kepada guru bertanyakan perihal anaknya yang membawa alat kawalan jauh televisyen ke sekolah sememangnya lucu.

“Kalau dia tak dapat tengok TV. Semua orang pun tak boleh tengok TV.

“Adui la budak ni,” tulisnya menerusi kapsyen.

Rupanya-rupanya, alat kawalan jauh itu sememangnya di bawa anak comel ini ke sekolahnya.

Apa yang membuatkan ramai ciut hati pastinya kiriman gambar guru dengan wajah senyum lebar anak kecil itu sambil memegang remote control. Memang cute!

Meninjau diruangan komen, rata-rata meninggalkan pelbagai reaksi malah terhibur dengan gelagatnya.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply