Runway Umum Kerjasama Dengan Lionsgate – Akan Guna AI Dalam Penghasilan Filem

Runway, salah satu syarikat yang memfokuskan kepada penjanaan video berasaskan kecerdasan buatan, hari ini mengumumkan kerjasama dengan studio penerbitan popular, Lionsgate. Melaluinya, kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam menggunakan kecerdasan buatan atau AI dalam penerbitan filem.

Runway dan Lionsgate akan memfokuskan kepada melatih dan mencipta model AI yang khusus, dilatih menggunakan katalog Lionsgate. Ia seterusnya dijangka akan digunakan dalam membantu Lionsgate Studio menghasilkan pelbagai video, selain dijangka membolehkan penghasilan kandungan yang baik pada kos lebih efisien.

Lionsgate turut berkongsi mengatakan beberapa penerbit filem dibawah mereka tidak sabar untuk menggunakannya dan melihat potensi ia dalam proses pra-produksi dan juga pasca-produksi.

Selari dengan pengumuman ini, Runway turut mengatakan mereka turut sedang pertimbangkan kaedah dalam melesenkan atau menawarkan model yang disesuaikan berdasarkan kandungan khusus untuk syarikat-syarikat, atau pihak lain.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply