Apple Berhenti Menyertakan Pelekat Logo Apple Bersama Kotak Pembelian Siri iPhone 16

Apple sedia menghentikan penyertaan pelekat logo Apple yang ikonik bersama-sama beberapa produk mereka sebelum ini, termasuk pada kotak pembelian iPad pada Mei lepas. Kini, Apple turut dilihat telah menghentikan penawaran pelekat logo Apple yang sama bersama kotak pembelian iPhone 16.

Langkah ini mungkin selari dengan Apple yang ke arah lebih mesra alam, sekaligus mengurangkan penggunaan plastik pada kotak pembelian produk mereka. Sebelum ini sendiri Apple telah melakukan pengurangan secara berfasa.

Jadi, bagi anda yang membeli iPhone 16 pada minggu ini, jangan terkejut apabila melihat kotak pembelian anda tidak menyertakan sebarang pelekat logo Apple bersama-sama dengannya.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply