Siling Rumah Kampung Yang ‘Lopong’ Bertukar Kemas & Cantik. DIY Guna Besi Batten Je!

Memang kreatif dan menarik idea DIY siling bilik rumah kampung pakai besi ‘Batten’ ni.

Terus nampak berbeza ruang siling yang dahulunya ‘lopong’ ini. Nampak lebih kemas dihari raya yang bakal menjelma tak lama lagi

Lagi untung jika ada kemahiran bertukang, memang lebih puas hati dan banyak jimat kos. Jika ketika ini ada yang bercadang nak buat siling di rumah kampung perkongsian Shamsul Nizam boleh dijadikan panduan. Beliau berkongsi hasil DIY siling bilik rumah kampung  menggunakan besi batten. 

DIY siling rumah kampung guna besi batten

Cuma nak share siap DIY siling bilik rumah kampung guna besi batten
Luas 11×12

  • Besi batten
  • Siling 2×4
  • Spray hitam diy
  • Rivet

CARA MEMBUAT

  1. Fitting setiap siling. Saya rivet pada semua cantuman besi melintang & menegak. Bagi kukuh & kemas

2. Gantung dawai ke kekuda setiap besi panjang sahaja untuk support. Spray warna hitam separuh.

3. Siling siap dicat warna putih untuk finishing supaya berseri dengan frame hitam.

4. Siling siap cat kaler putih untuk finishing bagi berseri dengan frame hitam.Besi kipas tu yang asal punya sebab nak test hole yang baru tebuk tu ngam ke tak.Saya belum tukar yang panjang sikit supaya putaran angin lebih efision dan mudah diselenggara akan datang.

5.Siap tukar batang kipas panjang untuk ‘airflow’ angin lebih cantik.

Terus berseri rumah dengan idea DIY siling guna Besi ‘Batten ni. Memang nampak kemas dan mudah diselenggara nanti. Semoga bermanfaat!

Artikel ini diambil dan diolah dari  VK

Mesti Baca:Keutuhan Rumah Warisan 88 Tahun, Dipasak Guna Kayu Cengal & Merbau Tanpa Paku
Baca Lagi Di Sini:Bina Loteng Rumah Ukuran 21ft x 11ft, Cantik & Kemas Hasilnya Kos RM13,000
Artikel Menarik:Gaya Minimalist Scandinavian Jadi Pilihan Pemilik Pangsapuri Saiz Kecil 750Kps

Sumber: Shamsul Nizam

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply