Google Pixel 9 Kini Menerima Potongan Harga Sehingga RM1100

Google Pixel buat kali pertamanya dilancarkan di Malaysia dengan siri Pixel 9. Tiga peranti ditawarkan adalah Pixel 9, Pixel 9 Pro dan Pixel 9 Pro XL. Peranti ini dijana dengan cip Tensor G4, menggunakan skrin 120Hz LTPO, mempunyai ciri AI khas seperti Pixel Screenshot, ciri kamera pintar Add Me dan banyak lagi. Harga jualan adalah bermula RM3,999 dan mencapai sehingga RM7,999. Baru-baru ini, beberapa penjual rasmi telah mengemaskini harga dengan potongan sehingga RM1100.

Melalui laman Google Store hanya enam penjual disenaraikan iaitu CelcomDigi, Maxis, SenQ, Urban Republic, Shopee dan Lazada. Dua kedai telah mula menawarkan diskaun iaitu Shopee dengan potongan RM120 untuk semua model. Sementara Urban Republic paling tinggi iaitu RM700 untuk Pixel 9 dan RM1100 untuk Pixel 9 Pro XL. Kedai-kedai lain masih menawarkan harga yang sama dengan diskaun hanya diberikan dengan pembelian melalui kontrak atau ansuran seperti bersama Maxis.

Penurunan harga ini berkemungkinan keranamata wang Malaysia yang semakin kukuh. Berdasarkan pemantauan kami di media sosial, harga jualan iPhone 16 yang lebih murah berbanding sebelum ini turut membuatkan orang ramai mempersoalkan – “Jika Pixel lebih mahal, baik beli iPhone”. Dengan penurunan harga ini adakah anda akan merebut peluang memiliki Pixel 9 set rasmi?


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply