Air Nabeez Cara Singkir Toksin Dari Tubuh, Sesuai Amalkan Ketika Bulan Ramadan

Air Nabeez banyak khasiat dan manfaatnya, salah satunya ialah membuatkan perut rasa kenyang lebih lama terutama ketika waktu berpuasa. Air minuman Nabeez bukanlah resipi baru. Bagaimanapun masih ramai yang belum mengamalkan air sunnah Nabi Muhammad SAW ini.

Air Nabeez Cara Singkir Toksin Dari Tubuh

Kebiasaannya, air Nabeez cukup popular semasa bulan Ramadan. Ramai yang akan buat air nabeez ini untuk sahur. Rasa air bergantung pada kurma yang kita gunakan. Kalau kurma itu manis, manislah airnya. Boleh saja guna apa-apa jenis kurma pun. Khasiatnya tetap sama.

Riwayat daripada Imam Muslim, Aisyah berkata;

“Kami biasa membuat perahan untuk Rasullulah SAW di dalam air minum yang bertali di atasnya, kami membuat rendaman di pagi hari dan meminumnya di petang hari, atau membuat rendaman di petang hari dan meminumnya di pagi hari.” (H.R Muslim).

Pastinya ada banyak lagi kurma lebihan bulan puasa lalu jadi gunakan sebaiknya untuk membuat air nabeez ini.

Sesuai Amalkan Ketika Bulan Ramadan

Cara membuat air nabeez:

1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil contoh tiga biji. Buang bijik lalu cari-carikkan isi kurma.

 

2. Sediakan air masak anggaran 500ml – 1 liter.

3. Rendam isi kurma dalam air tadi malam sebelum tidur. Tak perlu simpan dalam peti sejuk. Tutup bekas air, jangan dibiarkan terbuka.

4. Bangun keesokan hari, minumlah air ini.

 

Kelebihan air nabeez:

*Selain membantu perut tahan lapar dan dahaga, kandungan dalam kurma ini juga membantu untuk menyingkirkan toksin dari tubuh.

*Ia juga sangat berguna sebagai detox untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan.

*Selain itu disebabkan air nabeez tinggi dengan khasiat serat, ini mampu membantu proses pencernaan dan meningkatkan serta menajamkan fikiran agar tidak mudah lupa.

Info

*Air nabeez ini boleh juga diamalkan sebelum sarapan. Amalkan minum sewaktu masa perut kosong.

*Kurma yang paling baik digunakan untuk membuat air nabeez ialah kurma ajwa.

*Sebaiknya buat air ini untuk sekali minum. Jangan simpan lama atau lebih 3 hari kerana ia akan jadi masam dan tak boleh diminum.

*Selain daripada kurma, boleh juga menggunakan kismis untuk membuat air nabeez.

Sumber foto: Facebook Nerda Ayu & Facebook Kayumanisceylon

 

 

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply