OPPO Bekerjasama Dengan MOTAC Melancarkan Buku Mewah Bagi Mendokumentasikan 5 Seni Budaya Malaysia 

Malaysia kaya dengan flora dan fauna dan juga seni budayanya yang sangat pelbagai. Sebagai negara yang terletak dalam jalan perdagangan yang penting, kepelbagaian ini turut dapat dilihat dari bermacam aspek. Baru-baru ini OPPO telah bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC) dalam mengabadikan 5 seni terpilih menggunakan telefon pintar OPPO didalam buku mewah (Coffee Table Book). 

OPPO dan MOTAC telah memilih 5 seni budaya iaitu Wayang Kulit Melayu Tradisional Kelantan, Tarian Iban Ngajat yang berasal dari Sarawak, Tradisi Magagung Penampang yang berasal dari suku kaum Kadazan, Sabah, Seni Opera Teochew dari Pulau Pinang, dan juga tarian Dondang Sayang dari Melaka.

Menggunakan telefon pintar OPPO yang berkebolehan dalam merakamkan potret dan juga dilengkapi dengan kecerdasan buatan, keseluruhan detik seni, tarian, penghasilan dirakamkan supaya ia tidak hilang ditelan zaman. Antara peranti yang digunakan termasuklah OPPO Reno 11, Reno 12, dan juga Find N3.

Lebih dari merakamkan detik-detik seni, temuramah mengenainya turut diabadikan menerusi video dokumentari ringkas dan juga menerusi buku mewah. Kesemua video 5 seni budaya ini boleh ditonton menerusi saluran YouTube OPPO manakala buku mewah ini boleh dilihat di kedai-kedai OPPO terpilih seluruh Malaysia.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply