Xiaomi 14T Tertiris Dengan Sokongan Google Circle To Search

Ciri Google Circle to Search adalah ciri carian AI paling berguna yang kami saksikan. Malah di Amanz, peranti Samsung dan Pixel yang kami gunakan, hampir setiap masa menggunakan ciri ini untuk mencari sesuatu. Peranti Android lain hanya akan menerima ciri ini pada bulan September dan Oktober ke atas. Terbaru, Xiaomi 14T telah tertiris dengan ciri ini menjadikannya peranti pertama bukan Samsung dan Google yang menyokong Circle to Search.

Menurut sumber, ciri ini akan tiba pada Xiaomi 14T dan Xiaomi 14T Pro dengan kaedah yang sama iaitu sentuh dan tahan pada bar navigasi gestur atau butang Home untuk Circle to Search. Ia akan menyokong carian dengan melakar sesuatu pada skrin, menterjemah teks, menggunakan Google Lens, mencari audio dan banyak lagi. Menariknya, Xiaomi 14T turut akan mempunyai ciri AI generatif khas yang dikuasakan Gemini.

Antaranya adalah AI Notes, AI Intepreter dan AI Voice Recorder. Ia adalah seakan Samsung dengan Galaxy AI, di mana pemprosesan dari dalam peranti akan menggunakan model Gemini Nano melalui aplikasi Android AICore.

Ketika artikel ini ditulis, sumber hanya mendedahkan sedikit butiran mengenai Xiaomi 14T dan tiada informasi baharu mengenai Xiaomi 14T Pro. 14T akan dijana cip Dimensity 8300 Ultra, menyokong memori 12GB RAM, storan 512GB dan bateri 5000mAh dengan pengecasan 65W.

Konfigurasi kamera dikatakan adalah tiga sensor dengan salah satu menggunakan 50MP Sony IMX906, OIS + 50MP telefoto + 12MP sudut ultra lebar. Kamera swafoto pula adalah 32MP. Skrin peranti adalah 6.67-inci OLED, peranti akan menjalankan HyperOS Android 14 serta turut mempunyai perlindungan IP68. Xiaomi 14T akan diperkenalkan pada 26 September akan datang.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply