Intel Menerima RM12.7 Bilion Melalui CHIPS Act Untuk Pemerkasaan Sektor Pertahanan Amerika Syarikat

Selepas pelancaran cip pemprosesan Intel Lunar Lake, syarikat tersebut memperlihatkan banyak proses baru dari segi pengurangan perbelanjaan dan penyelarian proses perniagaan, seperti memisahkan bahagian faundri mereka daripada syarikat utama yang membangunkan teknologi cip semikonduktor mereka sendiri.

Terkini, ia telah dilaporkan bahawa Intel akan menerima geran tunai sebanyak $3 bilion (~RM12.7 bilion) melalui Akta CHIPS untuk syarikat tersebut membekalkan cip semikonduktor untuk sektor pertahanan dan ketenteraan Amerika Syarikat.

Kita tahu sekarang bahawa Intel sedang mempercepatkan pembangunan proses 18A mereka untuk kedua-dua kilang baru di Arizona dan Ohio untuk memastikan bahawa mereka boleh mengeluarkan cip-cip semikonduktor baru sekitar pertengahan tahun 2025.

Dengan pelaburan Akta CHIPS ini, Intel dijangka akan mengeluarkan komponen-komponen semikonduktor untuk sektor pertahanan dan ketenteraan Amerika Syarikat untuk membangunkan kelengkapan baru untuk tujuan keselamatan negara tersebut. Program ini dinamakan Secure Enclave dan akan dibangunkan oleh Intel secara khusus untuk tujuan tersebut.

Setakat ini tidak banyak butiran yang diketahui mengenai Secure Enclave, cuma ia nampaknya akan memanfaatkan teknologi proses pengeluaran cip 18A Intel untuk membina sistem-sistem pertahanan yang terbaru dan berkuasa. Dalam pada itu, kilang-kilang Secure Enclave ini akan beroperasi secara berasingan daripada kilang Intel yang lain dan tidak akan bercampur-aduk dengan pengeluaran produk pengguna mereka.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply