Yamaha Fino Final Edition 2024, Adakah Ini Produksi Yang Terakhir?

Selama lebih 18 tahun, Yamaha Fino menjadi simbol motosikal automatik yang berjaya menawan hati rakyat Thailand dengan reka bentuk  dan prestasinya, Model ini tampil dengan keluaran terbaharu Fino Final Edition dan mungkin ini adalah keluaran terakhir untuk Fino.

Pelancaran model ini juga adalah bersempena ulang tahun ke 60 tahun Syarikat Motor Yamaha Thailand. Model ini hadir dengan satu varian warna sahaja iaitu hitam menjadikan ia unik dan eksklusif.

Yamaha Fino Final Edition terhad dengan hanya pengeluaran 999 unit dan setiap satu dihiasi dengan logo Emblem emas serta nombor plat bersiri yang unik, menambah sentuhan eksklusiviti kepada daya tariknya.

Motosikal yang diispirasi daripada kebanyakkan model motosikal automatik daripada Jepun ini menggunakan lampu depan LED projector dengan dimmer Diamond Cut Lens. Selain itu, Yamaha Fino Final Edition juga dilengkapi kunci “Answer Back System”, memboleh ruangan penyimpanan boleh terbuka secara automatik.

Motosikal ini juga dilengkapi ruang penyimpanan seluas 7,2 liter, yang boleh memuatkan sebiji topi keledar biasa serta mempunyai tangki bahan api 4.2 liter.

Dengan harga disyorkan sebanyak 50,900 baht (RM6800), Yamaha Fino Final Edition juga turut disertakan dengan topi keledar khas Fino bewarna hitam serta jaminan 5 tahun atau 50,000 kilometer.

Meskipun kita tidak menerima model motosikal ini untuk pasaran tempatan tetapi kita tetap boleh melihat motosikal ini meluncur di jalan raya Malaysia. Ubahsuai daripada model asas Yamaha Ego membolehkan ianya menjadi sebuah model Yamah Fino melalui penukaran “coverset” serta bahagian-bahagian lain.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

Comments

Leave a Reply