“Seindah Ujian Dalam Istiqamah” Ini Pesanan USTAZAH SHARIFAH KHASIF Buat Hijabi

S: Bagaimana caranya seorang wanita itu yang sudah berubah dan memilih untuk berhijab sepenuhnya agar kekal dalam istiqamah? Seterusnya dapat menjaga aurat dalam penampilan sebagai wanita Muslimah.

J: Ketaqwaan dalam ibadah kerana Allah SWT kadangkala terhalang sehingga menjadi tidak istiqamah. Istiqamah yang goyah disebabkan beberapa masalah yang menimpa seseorang. Contohnya, peraturan melarang memakai hijab atau tudung di tempat kerja. Ada juga yang sering dipandang sebagai ekstrem jika bertutup litup.

JIKA SEORANG WANITA TIDAK MAMPU MEMPERTAHANKAN KEYAKINANNYA, WANITA TERSEBUT TERPAKSA MENANGGALKAN HIJABNYA SEKALIGUS MEMBUKA AURAT. IA SATU PERKARA YANG SANGAT DITAKUTI IAITU PERLANGGARAN PERINTAH ALLAH. NAUZUBILLAH.

Umumnya, istiqamah bermaksud menempuh jalan yang lurus, tidak berpaling ke kanan mahupun ke kiri. Istiqamah juga bermaksud tetap patuh menjalani perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Di dalam berhijab pun kita dianjurkan untuk istiqamah.

Berikut panduan agar istiqamah dalam berhijab: –

Mengamalkan dua kalimat syahadah. Banyakkan belajar dan mengetahui ilmu tauhid tentang Islam. Sibukkan diri dengan belajar agama dan amalkan dalam kehidupan seharian. Insyaallah ilmu itu akan menjaga kita untuk tetap istiqamah.

Bergaul orang-orang yang soleh. Dengan menyertai kegiatan keagamaan membuatkan kita lebih yakin bahawa dengan berhijab dan menutup aurat. Tali persaudaraan juga lebih erat. InsyaAllah mudah mudahan ‘perjalanan’ kita mendapat keredhaanNya di dunia dan akhirat.

Banyak berdoa. Doa adalah rasa percaya terhadap Allah SWT bahawa Dia akan memakbulkan doa itu. Sesungguhnya doa senjata mukmin.

Berusaha menambah ilmu agama. Contohnya membaca kisah-kisah orang soleh dan tentang agama Islam, serta ceramah-ceramah di media sosial yang membahas tentang keutamaan berhijab dan menutup aurat.

Membaca dan mengkaji Al-Quran. Membaca dan memahami Al Quran dapat meneguhkan hati orang-orang yang beriman. Seperti dijelaskan Allah SWT dalam Al-Quran surah An-Nahl ayat 102.

Tetapkan pendirian. Solat lima waktu, membaca Al Quran, melaksanakan ibadah sunnah seperti solat dhuha dan tahajud. Biar sekejap masa yang diambil tetapi konsisten. InsyaAllah, ia menjadikan kita semakin yakin dengan perubahan yang dilakukan.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply