Gimme The Mic Final: Rezeki Farhan Mustapha Sebagai Juara, Enam Peserta The Grand Six Atur Langkah Bergaya Wakili Malaysia Ke Peringkat Global!

Tuah nyata menyebelahi salah seorang finalis program realiti, Gimme The Mic Malaysia iaitu Farhan Mustapha baru-baru ini apabila namanya telah dinobatkan sebagai juara The Grand Champion, Ahad lalu.

Kemenangan yang dilakar Farhan berjaya melayakkan dirinya membawa pulang hadiah berbilai hampir RM30,000 keseluruhan iaitu wang tunai RM10,000 daripada Astro, RM10,000 Gimme The Mic Alha Alfa, USD2000 (RM8600) daripada Tiktok, serta sebuah lagu baru terbitan Rocketfuel Entertainment.


Persembahan konsisten dari peserta yang berusia 28 tahun itu berjaya membuatkan hati juri dan para penonton tersentuh menerusi lagu Sampai Mati nyanyian asal Hazama dan Berhenti Berharap dari Sheila On 7.

Malah salah seorang jurinya, Bunga Citra Lestari turut dirakam sebak ketika Farhan membuat persembahan.

“Alhamdulillah, walaupun baru sahaja pulih daripada Influenza A dan suara yang tidak berapa okey, saya akhirnya bergelar juara.

“Memang tak sangka, tetapi mungkin ia sudah rezeki saya malam ini. Peserta lain pun hebat juga, jadi sudah tentu mereka juga layak berada di kedudukan enam terbaik” katanya.

Menurut Farhan yang pernah bekerja sebagai penebar roti canai, sebelum bersaing dalam program ini, dia pernah menyertai pelbagai program realiti lain termasuk Akademi Fantasia 2015.

“Saya ingat lagi, ketika cabar diri untuk sertai Akademi Fantasia 2015, saya tidak lepas ke konsert prelude.

“Begitu juga dengan pertandingan lain, pasti kandaw di pertengahan jalan. Jadi, bila tiba minggu separuh akhir Gimme The Mic, saya risau, bimbang perkara sama berulang,” katanya lagi.

Dalam pada itu, 30 peserta telah mempamerkan kehebatan vokal dan kreativiti melalui persembahan, mereka yang konsisten dan mengagumkan sepanjang program ini berlangsung.

Setiap minggu, mereka berusaha untuk memukau hati para juri serta penonton menerusi pelbagai tema lagu dan pada minggu akhir ini, hanya 10 peserta terpilih diberikan kebebasan untuk memilih lagu sendiri.

Kini, enam daripada mereka iaitu Farhan Mustapha, Syaffiq Sahli, Ameerais, Jelly Belly, Shazreen Shaharum, dan Bulan Asyraff berjaya melayakkan diri sebagai The Grand Six.

Kesemua mereka bakal mewakili Malaysia untuk bersaing di peringkat Gimme The Mic Global bersama peserta negara lain seluruh dunia.

Program Gimme The Mic Malaysia diadili oleh juri tetap iaitu komposer prolifik Ajai di samping Yuna, Hael Husaini dan bintang Indonesia, Bunga Citra Lestari.

Sementara, Sherry Alhadad dan Sean Lee selaku pengacara program yang bersiaran selama lapan minggu itu yang dipancarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply