Sambungan WiFi HaLow Kini Memperlihatkan Rekod Jarak Sambungan Baru Sejauh 15.9KM

Badan piawaian teknikal teknologi IEEE telah memperkenalkan sambungan WiFi 802.11ah (HaLow) pada tahun 2016 yang memperlihatkan kemampuan menyambung ke rangkaian WiFi dengan kelajuan tinggi pada jarak jauh.

Pada awal tahun ini, sebuah syarikat pembuat cip rangkaian WiFi HaLow yang bernama Morse Micro dari Australia telah menguji rangkaian internet tersebut di bandar San Francisco yang padat dengan penduduk yang memperlihatkan jarak radius penghantaran data sejauh 2.8km dengan kadar penghantaran data setinggi 11Mbps pada jarak 500 meter dan menurun sehingga 1.0Mbps pada jarak 2.8KM.

Terkini, syarikat tersebut juga telah menjalankan sebuah ujian baru menggunakan sambungan WiFi HaLow yang sama di Taman Negara Joshua Tree yang juga terletak di California. Lokasi baru ini menampakkan kawasan terbuka yang lebih besar, dan dengan ini juga, mencatatkan rekod jarak sambungan baru sejauh 9.9 batu ataupun 15.9KM.

Morse Micro mengatakan bahawa sambungan internet yang boleh didapati pada jarak tersebut adalah setinggi 2.0Mbps dan boleh dilihat sebagai satu kejayaan untuk teknologi tersebut, walaupun ia tidak terhalang oleh bukan sahaja bangunan-bangunan tinggi, tetapi juga orang ramai dan peranti elektronik lain didalam kawasan seperti San Francisco.

Teknologi ini mungkin boleh dimanfaatkan di kawasan-kawasan terpencil seperti kawasan luar bandar ataupun kampung pedalaman yang mana ia adalah sukar untuk membangunkan menara-menara telekomunikasi.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply