Anda Kini Boleh Pulihkan iPhone 16 Menggunakan iPhone Lain

Tiada sistem operasi yang sempurna 100%. Walaupun iOS 18 kelihatan hebat dan gah, ia masih ada kekurangannya yang menyebabkan sistem peranti boleh tergendala. Lagi-lagi ketika menguji iOS versi beta. Untuk memudahkan pengguna, Apple kini membenarkan pemulihan iPhone dilakukan secara nirwayar dengan iPhone lain tanpa memerlukan PC atau Mac.

Ciri ini kali pertama diperkenalkan pada Apple Watch dan Apple TV dengan iOS 15.4 dan iOS 17. Terbaru pada iPhone 16 dengan iOS 18, jika peranti berada dalam Recovery Mode – pengguna kini boleh menggunakan iPhone atau iPad lain dengan iOS 18/iPadOS 18 untuk melakukan pemulihan semula tanpa komputer.

Pengguna hanya perlu meletakkan iPhone 16 yang bermasalah berdekatan dengan peranti lain untuk ia mula memuat turun fail imej baharu dan menghantarnya kepada peranti anda. Selepas selesai, anda boleh kembali melakukan tetapan semula dan memulihkan data-data sedia ada. Buat masa ini, menurut 9to5Mac hanya iPhone 16 sahaja boleh dipulihkan dengan peranti iOS 18 lain. Tidak pasti lagi jika iPhone lain dengan sistem operasi sama turut boleh dipulihkan dengan cara ini.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply