Jawab Panggilan Dan Kongsi Internet Pada Peranti Android Lain Seakan iPhone Kini Boleh Digunakan

Jika anda menerima panggilan telefon pada iPhone 16, anda boleh jawab pada iPad Air M1. Begitu juga dengan perkongsian Internet atau hotspot, yang boleh terus disambungkan secara automatik. Untuk pengguna Android, anda perlu menggunakan komputer Windows dengan Phone Link. Sementara jika anda menggunakan tablet Android, Cross-device services boleh digunakan bermula minggu ini.

Cross-device services mengesan peranti-peranti Android anda yang lain dengan akaun Google yang sama. Malah, jika anda ada akaun Google yang lain pada peranti yang sama – anda turut boleh menggunakan ciri ini. Buat masa ini hanya panggilan video Google Meet sahaja disokong, di mana jika anda menerimanya pada Pixel 9 Pro XL atau Galaxy Z Flip6, anda kini boleh tekan ikon Google Cast untuk memindahkan panggilan ini kepada peranti Android lain seperti Nothing Phone (2a) Plus atau mungkin tablet Xiaomi Pad 6.

Selain panggilan video Google Meet, perkongsian Internet turut boleh digunakan. Jika WiFi dan Bluetooth anda aktif, peranti yang telah menyokong ciri ini boleh mengesan peranti Android lain anda untuk menyambungkan hotspot secara automatik. Ciri-ciri baharu ini boleh digunakan pada mana-mana peranti Android 11 dan ke atas dengan GMS. Ia akan ditawarkan kepada pengguna secara berperingkat, seperti peranti Pixel dan Samsung saya telah mula disokong sejak bulan lepas lagi.

Akan datang dengan Android 15, notifikasi pada satu peranti turut boleh dipaparkan pada peranti lain dengan sistem operasi yang sama – juga melalui Cross-device services.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply