Discord Kini Dikemaskini Dengan Panggilan Suara Dan Video Yang Disulitkan

Discord ialah aplikasi komunikasi teks, suara dan video yang digunakan oleh segenap lapisan masyarakat untuk membangunkan pelbagai jenis komuniti. Setiap beberapa bulan, Discord dilihat akan memperkenalkan ciri-ciri dan kemaskini baru kepada aplikasi tersebut yang menjadikannya sebuah platform yang seronok dan selamat digunakan.

Terkini, Discord telah mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan kemaskini yang akan menyulitkan semua panggilan suara dan video dari hujung ke hujung, dan ini secara ringkasnya bermakna bahawa kandungan panggilan suara dan video didalam DM, saluran dan juga penstriman secara langsung hanya boleh diakses oleh peserta panggilan-panggilan ini, dan bukan pihak-pihak lain.

Dengan kemaskini ini juga, Discord juga memperkenalkan Discord A/V E2EE atau lebih mudah dikenali sebagai DAVE Protocol, yang mana semua kemaskini berkaitan panggilan suara dan video yang dilakukan akan dikemaskini pada repositori tersebut boleh dibaca oleh orang ramai.

Menurut Discord, kemaskini penyulitan hujung ke hujung ini sudahpun tiba dan diperkenalkan untuk aplikasi desktop dan mudah-alih mereka, dan kemaskini untuk platform lain seperti web dan sebagainya akan menyusul kelak.

Buat masa ini, ia dilihat bahawa satu-satunya jenis permesejan yang tidak akan disulitkan ialah mesej teks, yang tertakluk dibawah penyeliaan pembangun Discord sendiri.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply