Samsung Ingin Melancarkan Telefon Skrin Boleh-Gulung 12.4-Inci Seawal 2025

Sebagai jawapan kepada Huawei Mate XT iaitu telefon pertama dengan skrin tri-lipat, The Elec melaporkan yang Samsung akan menawarkan telefon dengan skrin boleh-gulung seawal tahun 2025. Agak menarik mendengar kehadiran peranti yang sudah lama diperlihatkan dalam bentuk prototaip menjadi realiti dalam masa terdekat.

Peminat setia masih menantikan kehadiran Galaxy Z Fold6 Special Edition dengan tubuh titanium serta rekaan baharu yang belum lagi tiba, sudah kedengaran telefon format lain pula. Skrin peranti ini dikhabarkan adalah sebesar 12.4-inci apabila dibuka dengan kamera di bawah skrin. Spesifikasi peranti buat masa ini masih menjadi tanda tanya tetapi Samsung dikatakan berharap peranti ini boleh mengubah persepsi orang ramai terhadap peranti yang unik selepas jualan Galaxy Z Fold6 dan Z Flip6 dikatakan mengecewakan.

Oppo X 2021 adalah konsep menarik yang Amanz sendiri pernah cuba, kemudian LG memperlihatkan prototaip lebih kurang sama dan mereka terus menutup perniagaan telefon pintar. Sebagai peminat teknologi, saya sangat berharap peranti ini menjadi realiti agar orang ramai dapat cuba dan saksikan sebuah telefon pintar yang benar-benar unik dan berbeza.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply