Impian Untuk Genggam Oscar Walaupun Dipandang Rendah, Meerqeen Tetap Percaya Diri

Aktor versatil, Meerqeen meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang memperkecilkan impiannya untuk berjaya dalam dunia seni.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Meerqeen yang terkenal menerusi drama Nenek Bongkok Tiga itu berkata dia sering menerima komen negatif mengenai impiannya yang dianggap terlalu besar dan mustahil untuk dicapai.

Artikel Berkaitan: Meerqeen Kongsi Rahsia Kejayaan -“Dalam Almari Saya Ada Goal Board”

“Guru dan rakan-rakan saya pernah memberitahu saya bahawa impian saya terlalu besar, melebihi kemampuan saya dan mustahil untuk dicapai. Sangat mengecewakan mendengar keraguan sedemikian, terutama dari mereka yang sepatutnya memberi sokongan.

“Namun, saya telah sedar bahawa pendapat-pendapat ini selalunya lebih mencerminkan had orang lain berbanding potensi saya sendiri,” katanya.

Tambah pelakon berusia 23 tahun, menjadikan sesuatu perkara yang dianggap mustahil itu merupakan salah satu cara untuk menjadi pembakar semangat agar tidak mudah berputus asa.

Selain itu, Meerqeen turut menegaskan bahawa menjadikan impian yang dianggap mustahil sebagai motivasi adalah penting.

Dia juga berkongsi kejayaan yang diraihnya pada tahun 2022, termasuk kerjasama dengan jenama antarabangsa.

“Perjalanan menuju kejayaan tidak mudah. Ia memerlukan kerja keras dan ketahanan. Saya belajar bahawa impian yang besar seharusnya memotivasi kita, bukan membuat kita berputus asa,” ujarnya lagi.

Terdahulu Meerqeen dikritik gara-gara meluahkan hasrat untuk menggenggam trofi Anugerah Akademi atau Oscar.

Menyedari perkara itu sukar untuk dicapai, Meerqeen bagaimanapun tetap tidak berputus asa dan menjadikan setiap kritikan itu sebagai motivasi untuk terus berusaha.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Meerqeen


Posted

in

, , , ,

by

Comments

Leave a Reply