Telefon Boleh Katup Infinix Zero Flip Diperlihatkan Kepada Umum

Desas-desus yang mendakwa Infinix kini dalam persediaan hadir dengan telefon boleh katup pertama rupa-rupanya adalah benar. Ia dibuktikan apabila Infinix dilihat berkongsi imej promosi rasmi melalui salah satu kemaskini di X baru-baru ini. Bagaimanapun butiran terperinci mengenai hal tersebut tidak dinyatakan.

Berdasarkan pemerharian, kami mendapati bahawa peranti boleh tersedia dalam pilihan warna hitam dengan tumpuan terhadap rekaan engsel lebih baik. Selain itu mempunyai corak seperti batu marmar yang bergaya dan cantik, di samping berpotensi menawarkan skrin sekunder segi empat tepat dengan dua unit kamera belakang.

Berdasarkan maklumat yang tertiris, peranti mempunyai skrin utama AMOLED FHD+ 6.7-inci dan sekunder pula sebesar AMOLED 3.43-inci. Perkakasan dalaman pula boleh merangkumi cip Mediatek Dimensity 8020, perisian XOS 14 dengan ciri berasaskan AI, kamera utama 50MP, swafoto sebesar 12MP dan bateri 4,590mAh dengan pengecasan pantas 70W.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply