Tablet Infinix XPad Boleh Didapati Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM699

Infinix secara rasminya memperkenalkan tablet XPad di Malaysia. Ia disediakan dalam dua versi berbeza iaitu WiFi yang berharga RM699 (4/256GB) dengan pemberian papan kekunci dan sarung pelindung percuma. Sementara itu Infinix XPad LTE pula bernilai RM899 (8/256GB) yang juga disertakan dengan sarung pelindung percuma. Ketersediaan adalah bermula sekarang melalui kesemua pengedar sah Infinix Malaysia.

Infinix XPad menggunakan skrin LCD FHD+ 11″ dengan kadar segar semula 90Hz. Ia juga dijana dengan cip MediaTek Helio G99, memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Selain itu menawarkan mod permainan XArena untuk pengalaman bermain yang lebih optimum, di samping pembantu maya tersendiri Folax yang dikuasai oleh ChatGPT. Infinix melengkapkan lagi tablet ini dengan bateri 7,000mAh yang menyokong sistem pengecasan 18W. Tetapan kamera pula sebesar 8MP untuk utama dan swafoto. Lain-lain spesifikasi termasuk empat pembesar suara terbina, bicu audio 3.5mm dan port USB-C.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply