Diam tak diam dah masuk lima tahun usia perkahwinan Nurida Suraya dan suami tercinta yang juga pereka fesyen terkenal tanah air, Rizman Nordin. Sepanjang tempoh itu juga isteri Rizman Nordin ini bergelar ibu dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan sebagai penyeri rumah tangga.
Selain memiliki kebahagiaan hidup sebagai suami isteri, Rizman juga kian melebarkan sayap perniagaan ke peringkat antarabangsa. Menerusi jenama Rizman Ruzaini, dia dan rakan kongsi iaitu Ruzaini Jamil baru selesai menyertai Dubai Fashion Week.
Tanggal 13 September lalu, Nurida Suraya tidak ketinggalan menitipkan ucapan romantis buat suami tercinta di media sosial.
Kongsinya, “Five years down, forever to go. Happy anniversary sayang. I love you with all my heart.”
Sementara itu, Rizman turut memuat naik momen bahagia dia di samping Nurida sejak bernikah, timang anak sulung sehingga sekarang.
“Happy Anniversary to Love of My Life. You’re the reason for everything. Thank you for being who you are. My perfect 1000000X wife.
May Allah bless our marriage forever. 5 years till Jannatul Firdausi. InshaAllah.”
Isteri Rizman Nordin ini sememangnya seorang wanita yang miliki pesona tersendiri. Sejak diperkenal kepada umum yang mereka bakal disatukan sebagai suami isteri, ramai yang mengagumi kejelitaan Nurida Suraya.
Sampaikan ada yang berpandangan wanita ini seperti ratu cantik!
Apatah lagi, jelitawan ini mempunyai cita rasa fesyen elegan dan mewah. Mana tidaknya, suami tercinta seorang fashion designer.
View this post on Instagram
Nurida Suraya atau mesra disapa Suraya sebelum ini pernah bekerja sebagai model sambilan. Kecantikan Suraya nyata menambat hati Rizman yang mula melihatnya di media sosial menerusi satu sesi fotografi yang disertainya.
Rizman Nordin mendirikan rumah tangga bersama Nurida Suraya pada 13 September 2019. Mereka kemudian dikurniakan cahaya mata sulung diberi nama Rizqaa pada 2 September 2020.
Ramadan lalu, pasangan ini menerima kehadiran anak kedua yang diberi nama sebagai Rainaa.
Semoga rumah tangga Rizman dan Nurida Suraya sentiasa diberkati Allah SWT serta berkekalan hingga ke syurga.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.