Butik Levi’s Suria KLCC Terbesar Di Asia Tenggara, ‘Syurga’ Denim Terunggul Buat Peminatnya

Bagi peminat denim tegar dan gaya hidup lelaki yang mengutamakan keaslian serta keselesaan, pembukaan butik terbesar Levi’s di Asia Tenggara pasti jadi lokasi idaman.

Bertempat di Suria KLCC, butik terbaru Levi’s ini bukan sekadar ruang membeli-belah biasa, malah merupakan pusat pengalaman yang menggabungkan gaya fesyen dengan sentuhan teknologi dan budaya tempatan.

Dengan keluasan 4239 kaki persegi, butik ini menampilkan pelbagai koleksi premium Levi’s, termasuk Levi’s Vintage Clothing, Made In Japan, dan WellThread.

Buat anda yang mementingkan gaya klasik, Levi’s Vintage Clothing pasti menjadi pilihan. Direka semula daripada arkib fesyen sejak 150 tahun lalu, setiap helaian menonjolkan gaya yang tidak lapuk dek zaman – sempurna bagi mereka yang mahu tampil autentik tanpa berkompromi.

Koleksi ‘Made in Japan’ pula sesuai bagi lelaki yang menghargai ketelitian dan kualiti. Diperbuat daripada denim selvedge Jepun yang terkenal, koleksi ini menawarkan siluet klasik dan baharu.

Sekali gus menonjolkan ciri keunggulan buatan tangan yang membezakan Levi’s dengan jenama lain.

Pengalaman Berbeza

Melangkah masuk ke butik ini, anda akan disambut dengan skrin LED gergasi dan gerbang portal LED yang memaparkan multimedia penuh bertenaga.

Paparan penuh teknologi visual ini bukan sahaja menarik mata, malah memberikan suasana moden yang menggabungkan fesyen dan seni digital.

Ini menambah satu dimensi yang jarang ditemui dalam butik-butik fesyen biasa, menjadikan setiap kunjungan pengalaman yang berbeza.

“Konsep Butik Indigo di Suria KLCC ini mewakili kemuncak visi jenama Levi’s® sebagai peneraju dalam gaya hidup denim.

“Kami berharap butik ini akan menjadi hab bagi mereka yang menghargai denim premium dan ingin memiliki sebahagian daripada perkongsian kreatif Levi’s® yang berterusan,” jelas Pengurus Besar Levi Strauss Malaysia, Imran Butt.

Di butik ini juga tersedia Levi’s Tailor Shop. Di mana pelanggannya boleh melakukan kustom pakaian dengan elemen reka bentuk tradisional Peranakan, suatu penghormatan kepada warisan budaya Malaysia.

Ini mencerminkan falsafah Levi’s® – mengekalkan identiti sambil mengembangkan gaya.

BACA: Jersi Bola Sepak Kini Menjadi Item Fesyen Gaya Hidup Trendy

Dengan pelancaran butik terbesarnya di Asia Tenggara, Levi’s® bukan sahaja mempelopori gaya denim tetapi juga meletakkan dirinya di hadapan dalam industri fesyen mampan.

Koleksi WellThread adalah contoh terbaik, di mana Levi’s® menggabungkan inovasi dan kelestarian dalam setiap helaian. Ia memastikan setiap pakaian yang dibeli bukan sahaja bergaya tetapi juga mesra alam.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply