Nothing Akan Melancarkan Produk Audio Baharu 24 September Ini

Bulan lepas, wakil Nothing Malaysia ada mendedahkan kepada kami yang tahun ini mereka belum selesai melancarkan produk baharu. Malam tadi, mereka telah mendedahkan yang produk audio ini akan dilancarkan pada 24 September 2024. Produk apakah ini?

Menurut beberapa sumber, ia adalah Nothing Ear yang seterusnya dengan kod nama B182 yang telah pun disenaraikan di laman SIRIM. Produk ini mungkin akan menggunakan nama Ear Open dan dikhabarkan adalah pengganti kepada Ear (stick) untuk fon telinga jeni terbuka. Nothing menggunakan Pokemon Flaaffy kod nama dalaman serta pepatung putih.

Melalui video acah, ia kelihatan seakan dua gelung – jadi mungkin adalah produk audio jenis terbuka seakan Huawei FreeClip atau Xiaomi OpenWear Stereo. Boleh jadi ia adalah jenis separa terbuka seakan Sony LinkBuds WF-L900. Sama-sama kita nantikan butiran lanjut pada 24 September akan datang.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply