IBM Menyaman Zynga $45 Juta Kerana Menggunakan Paten Tahun 1980 Tanpa Izin

Siapa ingat akan Zynga yang menerbitkan permainan web FarmVille di Facebook pada suatu ketika dahulu? Permainan ini telah ditamatkan pada tahun 2020. Kemudian ia telah diambil-alih oleh Take-Two Interactive iaitu penerbit bagi permainan GTA oleh Rockstar selepas Microsoft tidak menjadi membeli mereka. Terbaru, Zynga telah diarahkan oleh mahkamah untuk membayar IBM sebanyak $45 juta kerana pelanggaran paten.

Zynga didakwa menggunakan dua paten IBM yang telah didaftarkan pada tahun 1980 tanpa izin. Beberapa permainan Zynga seperti FarmVille, Harry Potter: Puzzles and Spells dan banyak lagi dikatakan menggunakan paten yang sama pada teknologi Prodigy oleh IBM. Prodigy adalah perkhidmatan langganan digital pada tahun 1984. Take-Two yang kini memiliki Zynga menyatakan mereka akan melakukan rayuan kerana setiap paten ini telah tamat tempoh dan turut berjanji permainan-permainan mereka tidak akan terkesan serta tiada sebarang perubahan perlu dilakukan.

Dalam laporan yang sama, IBM menegaskan walaupun paten yang didakwa digunakan itu telah tamat tempoh – ketika ia masih aktif Zynga dengan sengaja mengelak permohonan IBM untuk bertemu dan berbincang menyebabkan IBM ingin meneruskan saman ini.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply