Kemaskini iPadOS 18 Untuk iPad Pro M4 Ditangguh Kerana Merosakkan Tablet

Semalam kemas kini untuk  iOS 18, iPadOS 18, macOS 15 Sequoia, watchOS 11, visionOS 2, dan tvOS 18 mula diberikan kepada peranti yang layak menerimanya. Malang sekali kepada pemilik iPad Pro dengan cip M4 kerana kemas kini ke iPadOS 18 menyebabkan tablet tidak lagi boleh digunakan.

Di forum Apple dan laman media sosial, pemilik iPad Pro M4 merungut proses kemas kini akan tergendala sehingga menyebabkan tablet tidak boleh dihidupkan lagi. Apple menyedari akan isu ini dan menangguh kemas kini iPadOS 18 untuk siri iPad Pro M4 secara serta merta.

Sekiranya anda adalah antara pemilik iPad Pro M4 yang mengalami masalah ini, anda disarankan untuk mendapatkan khidmat bantu pelanggan terus dengan Apple untuk menyelesaikannya.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply