Logi PLAY 2024 Melancarkan Sejumlah Produk Gaming Baharu Dengan Harga Bermula RM549

Logitech baru sahaja menganjurkan acara Logi PLAY 2024 secara atas talian melalui Twitch dan beberapa produk menarik telah diperlihatkan. Mengejutkan, salah satu yang baru diperkenalkan sudah boleh dibeli di Malaysia.

Semua produk yang diperkenalkan adalah khusus untuk gaming dan dikatakan adalah kemas kini kepada produk sedia ada yang digemari ramai atlet e-sukan. Pertama sekali adalah PRO X SUPERLIGHT 2 DEX, iaitu tetikus dengan rekaan nir-simetri dengan berat 60g, dipadankan dengan sensor Hero 2, menyokong sambungan Lightspeed serta menggunakan suis Lightforce dan bateri yang bertahan sehingga 95 jam.

Pro X Superlight 2 Dex direka untuk pengguna tangan kanan dan juga yang mempunyai kecekatan tangan. Tetikus ini direka bersama dengan NAVI, G2, TSM, Astralis, FlyQuest RED dan banyak lagi pasukan e-sukan. Ia menjanjikan kawalan jitu, cengkaman terbaik serta pengalaman permainan yang imersif.

Seterusnya adalah PRO 2 LIGHTSPEED yang lebih mampu milik dengan rekaan simetri. Seperti Superlight 2 Dex, Pro 2 Lightspeed turut menggunakan sensor Hero 2 dan suis Lightforce. Tetikus ini direka untuk semua pengguna tidak kira tangan apa kerana 8 butang padanya boleh diubahsuai. Kemudian cengkaman pada sisi menggunakan modul magnetik yang boleh ditukar mengikut kesesuaian permainan.

Logi PLAY 2024 ini turut melancarkan beberapa papan kekunci. PRO X TKL RAPID adalah papan kekunci gaming bukan mekanikal kerana menggunakan suis analog-magnetik. Ia memfokuskan kepada setiap kekunci boleh ditekan dengan sangat pantas dan jitu dengan setiap penggerakan kekunci turut boleh diubahsuai. Pro X TKL Rapid adalah papan kekunci Tenkeyless tanpa pad nombor. Sokongan Keycontrol diberikan untuk pengguna mengubahsuai sendiri fungsi kekunci atau pintasan.

Kerana Logitech menggunakan suis analog-magnetik, setiap kekunci turut menyokong multi-aksi seakan butang bahu pada Sony PlayStation DualSense. Sistem RGB turut tidak dilupakan, roda skrol juga diberikan, dan butang khas untuk mod gaming juga diberikan.

Logitech G915 X LIGHTSPEED TKL turut dilancarkan sebagai papan kekunci gaming premium mereka. Ia juga adalah papan kekunci tenkeyless, tetapi kali ini jenis nirwayar penuh, menggunakan suis mekanikal GL, sistem RGB Lightsync, dan direka dalam rekaan profil-rendah. Setiap kekunci direka untuk pengalaman menaip dan menekan yang tepat serta pantas. Ia juga adalah untuk pemain permainan video yang menggemari rekaan minimalis kerana rekaan ringkas dan sangat nipis.

G915 X Lightspeed TKL turut mempunyai Keycontrol dengan 15 fungsi berbeza dan kawalan lebih fleksibel. Jika tidak bermain permainan video, Logitech turut menyatakan papan kekunci serba baharu mereka ini juga sesuai untuk produktiviti seperti kerja-kerja menaip.

Produk audio turut tidak ketinggalan kerana Logitech G ASTRO A50 5th Generation Wireless Gaming Headset and Base Station turut telah dilancarkan menyertai A50 X untuk keluarga produk audio gaming baharu. Ia adalah fon kepala gaming yang menyokong pelbagai platform dan boleh bertukar antara salah satu dengan satu butang. Ia turut mempunyai mikrofon terbina dan sambungan Lightspeed. Keunikan pada fon kepala ini adalah Base Station yang boleh disambungkan terus kepada pelbagai peranti serta untuk tujuan pengecasan.

Senarai Harga

  • Pro X Superlight 2 Dex – RM689, Hitam/Putih/Merah Jambu
  • Pro 2 Lightspeed – RM549, Hitam/Putih/Merah Jambu
  • Pro X TKL Rapid – RM899, Hitam/Putih/Merah Jambu
  • G915 X Lightspeed TKL – RM999, Hitam/Putih
  • Logitech G ASTRO A50 Gen 5 Set – Harga Malaysia belum diumumkan, Hitam/Putih


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply