Bukan Hanya Kerap Bersin, Tanda RESDUNG Termasuk Mulut Berbau

Resdung, atau juga dikenali sebagai sinusitis, adalah masalah kesihatan yang lazim dalam kalangan rakyat Malaysia.

Walaupun ramai yang mengaitkan resdung dengan kerap bersin, sebenarnya tanda-tanda penyakit ini bukan itu sahaja. Salah satu tanda yang sering tidak disedari oleh ramai ialah mulut berbau.

Berikut adalah beberapa petanda anda sudah mula diserang penyakit resdung namun ia sering diabaikan kerana mungkin merasakan ia adalah tindak balas normal badan.

BACA: Ubat Atasi Kerap Bersin & Hidung Berair Untuk Penghidap Resdung!

1. Mengalami hidung berair & tersumbat

Tidak kira masa dan keadaan, hidung anda tidak henti-henti mengalir dari pagi hingga ke malam. Kejadian ini akan menyebabkan anda sukar untuk tidur dengan lena. Jika anda kurang peka dengan keadaan kesihatan sendiri, ia akan berlarutan hingga anda betul-betul jatuh sakit.

2. Gatal pada kelopak mata

Ia bukan gatal biasa. Kegatalan yang dimaksudkan adalah anda akan menggosok mata hingga terdapat kemerahan pada kelopak mata.

3. Nafas & mulut berbau

Kebiasaannya, bagi penghidap resdung nafas & mulut sedikit berbau. Walaupun anda sudah membersihkan mulut dengan memberus gigi atau berkumur guna mouthwash, bau busuk masih ada di mulut anda hingga menganggu orang lain.

4. Batuk yang teruk pada waktu malam

Ada kalanya ia boleh menyebabkan pesakit rasa seperti sukar bernafas kerana ruang hidung tersumbat disebabkan selsema atau dalam hidung yang membengkak. Ia juga akan memberikan kesan kepada tekak anda akibat resdung yang mengeluarkan lendir yang begitu banyak. Akhirnya anda akan batuk dengan teruk pada waktu malam.

BACA: Tip & Cara Bagaimana Nak Kawal Resdung Di Rumah!

5. Kerap bersin pada waktu pagi

Antara tanda lain resdung adalah kerap kali bersin terutamanya ketika waktu pagi ataupun keadaan persekitaran yang sejuk. Teruknya bersin anda hingga membuatkan hidung warna kemerahan.

6. Hilang deria bau

Anda tidak dapat mengenalpasti sesuatu bau dengan baik. Di peringkat ini anda sudah memasuki fasa resdung yang serius dan memerlukan rawatan yang segera. Kalau tidak keadaan akan bertambah teruk jika tidak dirawat.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.


Posted

in

, ,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply